Orang bisnes lebih “bebas” dari kongkongan hidup sebagaimana orang biasa. Mereka bebas tentukan berapa banyak pendapatan mereka tanpa perlu menagih kenaikan gaji atau bonus hujung tahun. Mereka boleh bercuti pada bila-bila masa yang mereka perlu. Mereka boleh pilih berniaga di mana sahaja yang mereka suka. Mereka boleh mengatur hidup sendiri untuk seimbangkan antara usaha cari duit dan kebajikan keluarga serta tanggungjawab sosial. Mereka bebas menyusun hidup mereka sendiri.
Dengan berniaga kita belajar banyak perkara. Antaranya kita melatih diri melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain dan kegagalan cuma permainan kehidupan. Bangkit dari kegagalan itu luarbiasa. Dalam perniagaan ada turun naik. Bila turun kita akan lebih mengenali orang sekeliling kita. Siapakah yang sanggup bersama apabila susah dan siapa yang patut kita hargai apabila sudah senang. Kepayahan itu cuma sementara. Sabar dan bertahan.
SALAM KASIH SAYANG UNTUK SEMUA.
## INSPIRASIKU ##
## INSPIRASIKU ##
0 comments:
Post a Comment